BBM

😊"BICARA DADU"😊



Permainan Bicara Dadu merupakan salah satu alat yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar pada semua tahap usia. Permainan ini direka khas untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi sesuatu individu serta meningkatkan tahap keyakinan seseorang semasa bentang di hadapan khalayak ramai. Selain itu,  melalui permainan ini juga tahap pengetahuan am seseorang dapat ditingkatkan. 

Cara-Cara Permainan

Permainan ini boleh dimainkan oleh dua hingga enam orang pada satu ketika. Pemain perlu melambung dadu khas itu dan mendapatkan topik pembentangan mereka. Seterusnya , pemain harus mula membentangkan tentang topik mereka dalam masa tiga minit. Sejurus pemain itu habis bentang topik mereka, pemain seterusnya memulakan permainan. Permainan ini akan tamat selepas pemain terakhir habis bentang. Selepas tamat permainan, semua pemain harus salin berkomen tentang pemain lain untuk membantu pemain lain meningkatkan mutu perbentangan. 

Permainan ini dilabelkan sebagai tahap satu sekiranya mengguna satu dadu. Tahapnya akan meningkat sekiranya jumlah dadu digunakan lebih dari satu. Misalnya tahap dua ,menggunakan dua dadu, dadu pertama topik "Sukan" dan dadu kedua "Politik". Pemain harus kaitakan dua topik tersebut dan membuat perbentangan mereka.


Cara-Cara Membuat Bicara Dadu


👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀👀

1. Sediakan bahan-bahan seperti berikut :

Kertas A4
Pensil
Pembaris✂✂✂✂✂
Pensil Warna
Gam 
Gunting


📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏📏


2. Lakarkan bentuk dadu dalam kertas A4 menggunakan pembaris agar mendapat garis yang lurus.Pengguna boleh rujuk laman berikut untuk membuat dadu yang kreatif dan menarik ,Dadu  ataupun menggunakan laman berikut untuk cetakan bentuk dadu dengan mudah dalam bentuk PDF. DaduPDF. Berikut merupakan contoh lakaran dadu yang mudah.


✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂


3. Selepas membuat lakaran dadu di kertas A4 ,gunting lakaran tersebut menggunakan gunting dan pastikan ada lebihan kertas pada setiap kotak agar mudah membuat tampalan pada langkah terakhir. Gambar berikut merupakan rupa bentuk selepas potongan dilaksanakan.


😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎


4. Langkah seterusnya pengguna harus mewarnakan dadu tersebut menggunakan kreativiti masing-masing. Pastikan setiap kotak tersebut diwarnakan dengan warna yang berlainan agar menarik serta mudah semasa permainan.Contoh yang diberikan merupakan bentuk dadu selepas diwarna menggunakan pensil warna.




💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣💣

5. Kemudian gunakan pen ataupun alat tulis yang lain untuk menulis topik-topik yang ingin pengguna gunakan untuk permainan. Pastikan setiap topik adalah berbeza. Gunakan alat tulis yang gelap agar dapat melihat jelas tulisan yang dicatitkan dalam kotak dadu. Gambar merupakan hasil saya selepas tulisan topik.


✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌


 6.Langkah terakhir adalah menampalkan semua lebihan lukisan dalam kotak tersebut agar menjadi dadu yang di impikan dalam perbincangan ini. Berikut merupakan hasil dadu buatan saya.




❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

 Harap Semua Pengguna Mendapat Manfaat yang Berguna Selepas Melayari Bahagian Bahan Bantu Mengajar(BBM)


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Comments

Popular posts from this blog

What Everyone Must Know About Industry 4.0

Apa Itu Teknologi?

What is the future of technology in education?